 | Krew Kelana Beast Batang Padang Perak | Jul 2, 2007 |
Sesungguhnya berpengakap tidak terhad kepada pelajar-palajar sekolah sahaja, masih ada ruang untuk belia berpengakap melalui Pengakap Kelana yang lebih matang dan berkebolehan memimpin generasi akan datang tidak kira di dalam mahupun di luar pengakap. Bahawa dengan sesungguhnya Saya berjanji dan bersetia Yang saya Dengan seberapa daya upaya saya akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap.. Undang-undang Pengakap. 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan Binatang 7. Menurut Perintah 8. Tabah Hati 9. Berjimat 10. Suci Fikiran, Suci perkataan, Suci Perbuatan. .apa-apa saja yang kita buat di dunia ni, bukan atas dasar boleh atau tak boleh, tapi atas dasar nak atau tak nak"- . ( Amiruddin, ADC Pengerusi Program, Batang padang, Perak)
  | Links | |
  | Gambar Bergerak | Aug 10, 2010 |
 best
  | Gambar-Gambaran | Jan 31, 2011 |
kem Lencana kemahiran KLKM PSAS 2011 674 Photos
kem virgil klkm PSAS sesi jan 2011 525 Photos, 1 comment
Majlis Berbuka Puasa KLKM PSAS 2010 80 Photos
mesyuarat Kelana Negeri Perak kali ke 2/2010 41 Photos
|
 |  | Notes | |
  | Bunyi-bunyian | Aug 6, 2007 |
lagu pengakap.. pengkap ada lagu la
  | Informasi ringkas / Pesanan | |
 | JAMBORI SEMPADAN KELANTAN/ THAILAND Tarikh::10 hingga 15 Oktober 2010 Tempat::Kem Pengakap Kijang, Kota Bahru Kelantan Yuran Jambori::RM 80.00 (Skaf serta lencana jambori, t-shirt dan buku aktiviti) Penyertaan::Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin Tema jambori::One Land Scouts Jamboree http://www.scoutkn.org/log/utama.htm |
 | berikutan meeting kelana di ipoh, seorang krew BEASTROVERS, Ruqayyah Najibah Mohd Zaid telah di lantik menjadi esekutif krew kelana negeri perak (Helwani). tahniah di ucapkan, semoga tugas yang diberi dapat di lakukan dengan jayanya. tahniah |
 | Panggilan mesyuarat Kelana negeri PErak ke 2/2010 pada 21 0g0s 2010 di jabatan belia dan sukan IPOH. ADC kelana sila main peranan. sekurang kurangnya wakil setiap krew hendaklah hadir. pakaian casual. jam 2.00 petang. jgn lupa bawa skaf |
 | Beastrovers ditugaskan bahagian pemarkahan kem ujian sikap negeri pada 6-8 ogos di kem kota, di bawah tuan ahmad Sazili |
 | 1st Pangkor Scout Challenge, Kem Rimba, Pulau Pangkor, 30 Julai -1 Ogos 2010. Sehingga kini 18 Krew kelana, 5 PR dan 5 Pm telah mendaftar..Kami masih menanti anda menyahut cabaran ini... |
 | Kem ujian keris gangsa/lencana usaha di hutan lipur kuala woh tapah, 25-27 jun 2010. jemputan juga kepada BEASTROVERS Alpha ROvers Klkm Psas Klkm Psas dan @Klkm UPsi yg free |
 | KEPADA PENGAKAP RAJA NEGERI PERAK TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2009 YANG TELAH LULUS,SILA BERI NAMA KEPADA PEMIMPIN ATAU EN. AHMAD AZAM SHAH (PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK ) ISTIADAT PGANUGERAHAN SIJIL AKAN DIJALANKAN PADA 24.7.2010 DI ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.. minta sebarkan kepada kawan2 pngakap raja yg lain |
 | jamboree 1 Malaysia di Wetlands sila berkumpul di depan SmK Khir Johari. Bas bergerak jam 9.00 pagi Sediakan Wang berjumlah RM20.00 untuk jamboree kit dan yuran jamboree |
 | Beastrovers dgn kerja sama Pengakap Daerah Batang padang akan mengadakan kem Virgil (tauliah kelana) kepada semua krew Kelana Sekolah di Daerah Batang padang. jangkaan peserta seramai 130 orang.
kepada mana-mana sekolah yang hendak menghantar wakil sila pastikan krew anda berdaftar untuk sesi 2010 |
 | jamboree 1 Malaysia 14-16/5/2010 di wetlands putrayajaya |
 | kem anugerah rambu PKK 2010 Negeri Perak. -16-18/4/2010 bertempat di pusat kokurikulum batang padang,d/a sk(f) sg. kelah. peserta 1000 org. kepada krew lama dan Baru, sila lapor diri dengan segera. ini lah masanya untuk kita buktikan, kenapa krew BEASTROVERS adalah yang terbaik di negeri perak. sahut cabaran saya!!!!!!!!!!!!!! |
 | Raimuna @ Rover Moot, Bengkalis, Riau, Indonesia June 25th, 2009
Tarikh : 28 Jun 2009 hingga 5 Julai 2009
Tempat : Bumi Perkhemahan Pawang Perkasa 1, Pulau Bengkalis, Riau
Yuran : RM 150.00 (Ahli Pengakap Kelana)
RM 100.00 (Pemimpin)
Yuran meliputi makan/minum sepanjang Moot berlangsung dan juga Pengangkutan dari Pelabuhan Bengkalis ke tapak perkhemahan pergi balik.
Penginapan : Bawa khemah dan peralatan khemah sendiri
Pengangkutan : Feri dari Pelabuhan Melaka ke Pulau Bengkalis. Cukai pelabuhan dan bayaran Feri hendaklah dibayar oleh peserta sendiri
Sila berhubung dengan Encik Abdul Rahim bin Abd hamid, Penolong Setiausaha Eksekutif (Program) PPM ditalian 017-6156880 untuk pendaftaran segara dan maklumat lanjut mengenai Moot ini. |
 | Salam Pengakap!
Untuk semua ahli kelana dan pemimpin berumur 17 1/2 tahun keatas …… Bersedia untuk cabaran-cabaran extreme….
Jemputan ke Moot Kelana 1 Malaysia anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia.
Tarikh : 23 hingga 27 Julai 2009
Lapur Diri : 3.00 Petang 23 Julai (Khamis)
Tempat : Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang
Bayaran : RM 100 sahaja (Meliputi makan minum / Kit moot dan lawatan sehari ke Taman Negara Pahang).
Aktiviti : Projek Pioneering, Program Extreme dan Ujian Lencana Skim Pengakap Kelana Malaysia.
Peralatan : Bawa khemah sendiri dan peralatan kerja.
” 1 MALAYSIA, SATU DUNIA, SATU PERSETIAAN”
Rahim Hamid
Rumah B-P, KL.
017-6156880 |
 | Salam Pengakap, Salam Satu Malaysia, Salam Perkenalan dari Majlis Pengakap Kelana Kuala Lumpur. Tuan / Puan / Cik / Saudara / Saudari JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN SCOUT FOR NATURE “Stripes R iCon” 2010 Majlis Pengakap Kelana Kuala Lumpur dengan sokongan penuh Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbesar hati menjemput Tuan / Puan / Cik serta pasukan Pengakap masing-masing ke Majlis Pelancaran Scout For Nature – “Stripes R iCon” seperti yang dilampirkan. Projek Kedua Scout For Nature “Stripes R iCon” merupakan Projek Konservasi Harimau yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya haiwan terancam – Harimau Malaya daripada ancaman kepupusan dan secara tidak langsung dapat merapatkan silatulrahim dan mempromosikan pergerakan Pengakap di mata masyarakat. Oleh kerana itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli pengakap khususnya Pengakap Kelana untuk membina kesedaran tanggungjawab diri yang sejajar dengan moto “berkhidmat“ dan undang-undang pengakap yang ke-enam iaitu “Pengakap adalah seorang yang kasih kepada binatang”. Antara Objektif SFN "Stripes R iCon" adalah; · Memperkenalkan Pengakap di kalangan masyarakat. · Memupuk sikap tanggungjawab , kerjasama dan kenegaraan. · Mempertingkatkan tahap kesedaran di kalangan ahli Pengakap dan warga Malaysia terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. · Mengelakkan Harimau Malaya khususnya dan seluruh flora dan fauna daripada ancaman kepupusan. · Menyediakan medium bagi golongan Kelana untuk melengkapkan lencana Perkhidmatan dan menuju kearah mendapatkan Anugerah B-P Untuk penyertaan serta urusan SFN sila hubungi Setiausaha Program , Lum Thien Chow ditalian 017-3557136 atau tclum@roverskl.org atau boleh juga menghubungi wakil-wakil zon untuk membuat yuran penyertaan sebelum 7 Februari 2010. Sila pastikan resit pembayaran dibawa semasa pendaftaran. Layari www.roverskl.org untuk maklumat lanjut. Bersama ini di lampirkan juga program tentatif bagi acara tersebut. Wakil Zon Bangsar Wakil Zon Pudu Peter Yap – 012 3788693 Azlan – 013 2654149 Kiri – 012 664 3258 Wakil Zon Keramat Wakil Zon Sentul Farhan – 013 3608230 Rusdy – 012 2528131 Eugene – 016 9689703 Najib – 017 3992939 Wakil SFN Negeri (Luar Kuala Lumpur) Arvind Danapalan 012-6788805 Segala kerjasama serta sokongan yang diberikan oleh pihak Tuan / Puan / Cik untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahuli dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, Terima Kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN” “ SATU MALAYSIA” -- Rovering For Success,D.ArvindChairman-KL Rover Scout Council,Director-Scout For Nature6012-6788805 |
 | kum salam.. ala la la la en rafiqkie... jgn la majuk nanti tak comel..... hahaha
scout57 kumsalam... boleh je... jgn kata perak.. nak jadi kelana tawau pun boleh... |
 | akum bley join x kelana perak nie
|
 | a'kum! admin beastrovers: dh lupa kat saya dah ker?? x per la...smell u later laa...
*majuk...sbb diaorg x nk balas comment |
 | ok ... kem dah ada... untuk maklumat lanjut... tgk event/... cepat!!!! tempat terhad |
 | beastrover mengucapkan semalam menyambut har raya korban kepada semua krew kelana yang berada di malaysia mahupun di perbatasan (kelana berperang ke??). degan ucapan, pengakap pengakap jugak... raya jangan tinggal.. pulang lah ke kampung halaman, sesungguhnya insan tersayang amat merindui mu |
   |  |  | Blog | Feb 9, 2011 |
 KEPADA PENDUDUK DI DAERAH BATANG PADANG YANG BERUMUR 18-25 TAHUN. BERMULA DARI LADANG BIKAM MEMBAWA KE TANJONG MALIM. INI ADA SATU BERITA BAIK. BERI PELUANG KEPADA DIRI ANDA UNTUK MENGHAYATI DAN MENGALAMI SATU PENGALAMAN YANG PALING BERHARGA DENGAN... more
  | Kemahiran Berpengakap | Feb 23, 2008 |
 Roti lilit ini adalah satu masakan yang tidak asing lagi bagi pengakap. setiap krew pengakap mesti tahu bagaimana hendak membuat roti lilit. roti lilit adalah mudah untuk di sediakan terutama di dalam hutan, tetapi, dengan syarat... singgah dahulu... more
   |
|
Beast Rovers BatangPadang M.9001/2007
|