Ok... setiap perkara, mesti ada permulaannya. begitu juga dengan krew kami. sebelum tertubuhnya, krew kelana b ni, kebanyakan daripada krew merupakan ahli pengakap sekitar daerah batang padang, dan majoriti daripada krew kami merupakan bekas kumpulan-24 dan kumpulan-02, ini adalah kerana, sekolah yang menjadi penaung kepada krew kelana b merupakan sekolah SMK khir JOhari (kump-24) dan kump-02 merupakan sekolah yang paling hampir dengan smk khir johari. MES (Methodist English School)kump 02 merupakan jiran smk khir johari/sem-joe/kejo. jadi segala pergerakan aktiviti bergerak bersama.lain lain kumpulan adalah di sekitar kawasan utara Daerah batang padang.
Setelah ketandusan Pengakap Raja selama beberapa tahun, bermula tahun 2001, kump 24 dan kump 02, mula menjalankan rekrut ahli baru secara lebih serious dan hasilnya pengakap raja mula lahir bermula pada tahun 2004 sehungga hari ini. program pelapis yang di lakukan oleh mereka sangat memberangsangkan.
Setelah tamat alam persekolahan, bekas-bekas pengakap merasakan masih lagi berminat untuk meneruskan aktiviti berkepengakapan, lalu menubuhkan kumpulan kelana kerana sekali berpengakap, selamanya berpengakap.
sehingga hari ini, krew kelana B kekal kukuh dan berusaha menjadi krew yang terbaik dan di segani di Malaysia.
:)
gambar : kumpulan ke-24 daerah batang padang.